Sunday, June 10, 2018

1Mas: These are our achievements...



By Nurjannah Ali

 UNTUK rekod selepas lapan tahun program 1MAS dijalankan, program tersebut berjaya mencipta sejarahnya tersendiri apabila kesemua pemain yang bakal beraksi di Sukan Olimpik Remaja 2018, Argentina bagi kategori lelaki merupakan pemain kelahiran program tersebut.

Selain itu, tujuh daripada sembilan pemain perempuan yang beraksi di Kelayakan Sukan Olimpik Remaja 2018 Zon Asia yang berlangsung di Bangkok Thailand baru-baru ini yang menyaksikan Malaysia menamatkan persaingan di kedudukan ketiga merupakan pemain yang turut bernaung di bawah program yang sama.

Berikut merupakan antara kejayaan lain 1MAS dalam tiga tahun kebelakangan ini bagi memastikan pemain-pemain yang mengikuti program tersebut berjaya mendapat tempat dalam skuad hoki kebangsaan, negeri dan Liga Hoki Malaysia.

 2018: TNB Liga Hoki Remaja Malaysia: 65% pemain dan bekas pemain 1MAS mendapat tempat.
Kejohanan Hoki Kebangsaan B-16: 71% pemain daripada program 1MAS.

 2017: TNB Liga Hoki Remaja Malaysia: 63% pemain dan bekas pemain 1MAS beraksi.
Piala Sultan Johor: 72% pemain di bawah program 1MAS.
Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia B-18: 75% merupakan pemain 1MAS
Kejohanan Hoki Kebangsaan B-16: 75% pemain daripada program 1MAS

 2016: Kejohanan B-16 Mannheim Jerman: 83% pemain daripada program 1MAS.
SUKMA: 44% pemain 1MAS beraksi.

 2015: Piala FHE, Perth: Skuad lelaki 1MAS muncul juara untuk kali kedua selepas menjuarai kali pertama pada 2012. Pasukan lelaki 1MAS menewaskan Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Negeri Sabah serta wakil Australia, Australia Warriors pada 2015.