Monday, May 14, 2018

Malaysian Tigress lose opener

By Jugjet Singh
jugjet@nst.com.my
  
KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita negara tewas 3-1 kepada Korea Selatan pada perlawanan pertama Trofi Juara-Juara Asia di Donghae, Korea Selatan (Ahad).
  Jaringan pertama skuad negara disumbangkan oleh Nurul Nabihah Mansur minit ke-32, namun Korea Selatan berjaya menyamakan kedudukan dua minit kemudian.
 Korea terus mengukuhkan kedudukan dengan menambah dua gol lagi menerusi Kim Hyunji minit ke-43 dan Kim Bomi (m-55).
 Esok, skuad negara akan bertemu China.
 "Kami mendahului 1-0 pada suku ketiga tetapi Korea Selatan menjadikan kedudukan 2-1 selepas menyempurnakan dua pukulan sudut penalti.
 "Pada suku keempat kami berjaya meraih pukulan sudut penalti tetapi terkena tiang gol. Korea berjaya menambah gol ketiga selepas itu.
 "Pemain beraksi dengan baik sepanjang perlawanan. Bagi saya yang penting ialah mereka dapat memberikan saingan," kata ketua jurulatih, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah.
 Mengenai perlawanan dengan China, Dhaarma berkata: "China sangat kuat seperti pasukan lain yang membariskan pemain terbaik untuk ke Piala Dunia.
 "China tidak beraksi hari ini, jadi adalah sangat baik sekiranya pemain saya dapat mempamerkan aksi yang sama seperti ketika bertemu Korea," katanya.
 Satu lagi perlawanan menyaksikan India menewaskan Jepun 4-1.